Nasihat dan Tip-tip

Macam-macam orang bercerita kepada bakal pengantin. Ada yang menceritakan tentang pengalaman, adanya memberi nasihat, ada yang bagi petua (tahan lam) dan macam-macam lagilah. Semua nak ‘download’ ilmu masing-masing. Ada rakan yang beri aku e-book suruh baca dan amalkan kemudian dan ada yang nak bagi buku ‘Permata Yang Hilang” ooh, banyak betul ilmu kat dalam.
Kepada rakan-rakan, kalu ada tip-tip, nasihat. kongsilah bersama aku ye.







3 responses to “Nasihat dan Tip-tip”
atifjeelan
June 9th, 2008 at 06:58
8P Tip kebahagian rumahtangga
1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah ‘perhatian’ yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili ‘persefahaman’ kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah ‘percutian’ di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya
adamyusof
June 9th, 2008 at 07:00
Tips mencari jodoh
Jodoh pertemuan ditangan Tuhan tetapi kita sebagai manusia perlulah berusaha mencari jodoh yang sesuai dengan citarasa kita dan kehendak agama.
Berikut adalah beberapa tips untuk anda mendapat jodoh.
Minta bantuan dari ibu bapa – teknik ini sangat popular ketika dahulu dimana ibubapa mencari jodoh untuk anak mereka tetapi ia masih lagi boleh digunapakai untuk zaman ini kerana ibubapa mempunyai kenalan dan mungkin mereka tahu bagaimana akhlak anak rakan mereka tersebut untuk dijadikan calon.
Hadiri aktiviti – sertai pelbagai aktiviti
Minta bantuan rakan
Minta bantuan adik beradik
Chat room
Laman cari jodoh
Perniagaan MLM
miskulhawarie
June 13th, 2008 at 06:49
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat
SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan
mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD S.A.W., jika ada keburukan pada
dirimu.