Apabila si teruna sudah berkenan dengan si dara, maka adalah elok dipinang sidara untuk mengenal karekter masing-masing secara kasar, agar si teruna dan sidara dapat mencari keserasian sesama mereka
Tarikh pertunangan aku berlangsung pada 20 Oktober 2007, 12.30 tenghari.
           Pada hari tersebut rombonganku bertolak dari batu pahat jam 8.30pagi. Nak dijadikan cerita, sampai di Masjid Tanah, kami tersesat, salah masuk jalan. Ni gara-gara pakcik aku la, maklumlah dia orang Melaka, katanya dia mahir jalan di melaka. Jadi pakcik aku ni pun tunjukkan jalan jauh nak sampai Tanjung Bidara. Kalu ikut jalan yang sepatutnya, kalu dari selatan tidak perlu masuk ke pekan Masjid Tanah. Sebaiknya selepas melepasi kem terendak ada simpang ke kiri menghala balai cerap al-khurazmi. Kami sampai jam 12.05 tghr. Mujur bertolak awal, kalu tidak lambat la jadinya.
           Pada malam sebelum majlis, aku bagi taklimat sikit pada famili berkenaan waktu bertolak, aku mencadangkan bertolak pada jam 7.30 pg. Tapi pakcik aku kata itu terlalu awal sangat dan terus mencadangkan jam 9.00 pagi. “tak bolehlah begitu, lewat kita nanti” ujar aku. Aku dah jadi tak sedap hatilah, bukan gelojoh nak sampai, cum kalu boleh kita naklah tepati masa.
Bincang punya bincang, 8.30 pg waktu yang sesuai. Sebanyak 3 biji kereta dan sebuah van mengiringi perjalananku ke Melaka. Aku yang bawa Van tu. JHK 513 tidak digunakan sebab masih di bengkel (accident langgar lembu pendek). Huh banyak nak cerita. tapi nantilah ye aku sambung.

rakan -rakan yang nak komen, sila ye

    

Dua bentuk cincin yang aku sendiri hias

 

setibanya kami di rumah pihak perempuan


  

Hantaran Pihak Perempuan

  

             Hantaran pihak Lelaki

  

Keluargaku

    

  Rundingan untuk menetapkan belanja kahwin

Mak menyarungkan cincin pada jemari Jestin